Thursday, September 4, 2008

AMALAN SYAITAN

salah satu amalan yang tidak baik yg dilakukan dlm bulan baik adalah pembaziran...ni satu amalan yg xpatut kite wat dlm bulan2 cmni..bkn dlm bulan ni jek..bulan lain pun xleh..so mari renungkan...

Pembaziran hidangan berbuka

Ketibaab Ramadan adalah peluang untuk berjimat dan mengurangkan belanja penyediaan atau membeli makanan. Dalam bulan Ramadan setiap orang Islam berpuasa tidak makan pada siang hari. Ia satu penjimatan dan mengurangkan nafsu makan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sebaliknya. Setiap kali kedatangan Ramadan, maka pelbagai jenis bazar, gerai dan pusat jualan makanan wujud di segenap tempat. Jumlah penjual makanan berlipat kali ganda sehingga tidak ubah seperti bulan jualan makanan dan minuman.

Selain itu, suri rumah lebih mengambil berat soal menyediakan hidangan untuk berbuka dan bersahur. Bulan puasa dianggap bulan istimewa dan hidangan berbuka dan bersahur juga mesti istimewa dan lain daripada bulan-bulan biasa.

Mengapakah hidangan pada bulan puasa mesti istimewa? Inilah persoalan sering ditimbulkan dan menjadi tanda tanya. Orang sanggup berbelanja lebih untuk menyediakan hidangan istimewa pada bulan Ramadan.

Sebenarnya bukan suruhan agama menghidangkan pelbagai jenis makanan yang istimewa. Perkara sepatutnya diutamakan pada bulan Ramadan ialah menunaikan ibadat puasa dan melipat gandakan amalan ibadat-ibadat lain. Perbuatan tidak baik yang dikuasai nafsu perlu ditundukkan agar menepati tujuan berpuasa.

Pada hakikatnya tidak salah jika hidangan pada bulan Ramadan dibuat lebih istimewa berbanding biasa. Bagaimanapun, perkara ini ditimbulkan kerana ia sering dikaitkan dengan sikap membazir dan gelojoh.

Biarpun syaitan dirantai pada bulan Ramadan, namun sikap yang tertanam dalam diri sepanjang 11 bulan lalu masih menguasai diri. Syaitan telah berjaya menanam sikap buruk, maka sepatutnya pada bulan Ramadan inilah sikap itu dikikis dan dibuang sepenuhnya.

Banyak orang diperhatikan melakukan pembaziran dalam menyediakan hidangan berbuka puasa. Keinginan membuat hidangan istimewa lebih dikaitkan kerana nafsu makan yang tertahan pada sepanjang hari.

Selain makanan yang dimasak sendiri, dirasakan tidak lengkap jika tidak dihidangkan bersama-sama dengan apa yang dibeli di luar. Pelbagai jenis makanan dibeli sehingga memenuhi meja makan. Perbuatan ini tentunya membazir. Harga makanan dan minuman sekarang ini semuanya mahal.

Apa dilakukan itu bertentangan dengan konsep berpuasa sebenarnya. Puasa melatih kita agar lebih sabar dan menahan diri daripada godaan nafsu. Sekiranya menyediakan makanan lebih daripada sepatutnya, itu sudah dikira gagal mengawal nafsu dan gagal mencapai tahap puasa yang terbaik.

Biarpun banyak hidangan di hadapan mata, tidak kesemua dapat dihabiskan. Perbuatan ini ternyata satu pembaziran. Allah amat murka kepada sesiapa melakukan perbuatan membazir. Membazir itu sebahagian daripada sikap syaitan. Roh Ramadan tidak masuk dalam hati mereka yang melakukan pembaziran.

No comments: